Qin Shi Huangdi ialah maharaja pertama Dinasti Qin yang memimpin China semasa 221SM – 210SM. Makam agungnya disebut-sebut sebagai antara penemuan arkeologi terbesar pada abad ke-20. Selain itu, Qin Shi Huangdi jugalah yang menyempurnakan pembinaan bangunan Tembok Besar China.
Bila makam mula dibina?
Menurut sejarawan Sima Qian, makam agung Maharaja Qin Shi Huangdi mula dibina sekitar 246SM ketika usia Maharaja baru memasuki 13 tahun. Difahamkan bahawa jumlah pekerja yang terlibat adalah dalam lingkungan 700,000 orang.

Tujuan pembinaan
Pembinaan makam ini digambarkan sebagai sebuah istana bawah tanah yang begitu besar dan mewah. Ia turut digambarkan sebagai sebuah istana bawah tanah dengan struktur yang rumit dan kompleks namun penuh dengan kemegahan dan kemudahan. Air raksa digunakan untuk menghasilkan sungai tiruan dan istana itu diperindahkan lagi dengan langit yang diperbuat daripada hiasan mutiara. |
Penemuan Tapak
Pada tahun 1974, tapak ini telah ditemui oleh beberapa petani tempatan di wilayah Xian, Negeri Shaanxi, China. Sehingga kini, proses penggalian di tapak berkenaan masih lagi dilakukan sebagai usaha membongkar lebih banyak kemisterian dan keajaiban di tapak tersebut.
Keunikan patung askar dan kuda-kuda
Di sepanjang makam, berdirinya lebih kurang 8000 patung yang menggambarkan susuk para tentera dan kuda-kuda perang. Uniknya ialah, semua patung-patung tersebut tidaklah sama antara satu sama lain baik dari sudut bentuk pakaian, mimik wajah, gaya rambut, hingga persenjataan yang mereka pegang. Selain itu, mereka juga dibezakan oleh pangkat ketenteraannya seperti Jeneral, hingga ke para perajurit biasa. Yang berpangkat jeneral mempunyai saiz tubuh yang paling tinggi.
Proses Penghasilan Patung
Patung askar yang ditemui ini dihasilkan daripada tanah liat. Kesemua patung tersebut memiliki ketinggian yang tidak sekata antara 183 hingga ke 195 cm. Bagi memastikan agar bahagian kepala mempunyai bentuk dan mimik wajah yang berbeza di antara satu sama lain, ia diperbuat secara berasingan dari bahagian badan. Manakala bahagian-bahagian wajah seperti bibir, mata, dan telinga ditambah secara manual dan bentuknya disempurnakan oleh sentuhan tangan si pembuat patung. Setelah siap dibentuk, patung akan dibakar supaya menjadi lebih keras dan kukuh. Proses pengecatan dilakukan pada tahap akhir.

Simbolik pembinaan
Maharaja Qin Shi Huangdi dipercayai akan terus memimpin kerajaannya di kehidupan berikutnya (akhirat). Maka, beliau membina sebuah istana sebagai pusat kerajaan, dilengkapi dengan bala tentera dan pegawai-pegawai kerajaan.