Mohisme
Aliran Mohisme diasaskan oleh Mo Di (墨翟) iaitu Mo Zi (500-400 S.M.). Ajarannya terkandung dalam buku Mo Zi . Mo Zi mengajar bahawa yang paling penting adalah "cinta universal", kemakmuran untuk semua orang, dan perjuangan bersama-sama untuk memusnahkan kejahatan. Falsafah Moisme lebih cenderung kepada yang berguna. Segala sesuatu yang tidak berguna dianggap jahat. Fahaman politik mengikut ajaran Mohisme ialah jian'ai (兼爱) kasih sayang sejagat , feigong (非攻) mengecam sifat suka berperang, peperangan menentang prinsip Mo Zi yang mementingkan manfaat, shangtong (尚同) , mematuhi pemerintahan golongan pemerintah, shangxian (尚贤) penghapusan budaya warisan secara turun-temurun(世袭), sesiapa yang berkebolehan akan diberi jawatan kerajaan. Pemikiran Mohisme terdiri daripada jian'ai(兼爱), feigong(非攻), shangxian(尚贤), shangtong(尚同), tianzhi(天志), minggui(明鬼), feiming (非命), feiyue(非乐), jieyong(节用 ), jiezang(节葬. Mo Zi berpendapat peperangan itu jahat serta menghambat kemakmuran umum. Tetapi Mo Zi juga menentang muzik sebagai sesuatu yang tidak berguna. Sebagai contoh, semasa Raja Chu(楚王) ingin menyerang Dinasti Song , Mo Zi menasihati supaya jangan melakukan peperangan. Mo Zi mementingkan hak rakyat biasa dan berusaha untuk menhapuskan segala sekatan dan perbezaan sosial. Mo Zi dan pengikut- pengikutnya mewakili golongan buruh yang tidak mempunyai kuasa dan kebebasan politik . Masyarakat yang ideal mengikut ajaran Mohisme : sesuatu yang teratur , damai dan kaya-raya semua ahli-ahli mendapat layanan yang sama . Menekankan ajaran utilitarian (pegangan kepada kepecayaan bahawa semua yang berfaedah itulah adalah baik semuanya) –tekanan ke atas kegunaan dan manfaat (功利) . Mo Zi menganjurkan kasih sayang sejagat (kasih sayang yang tidak beza- berbeza) . Mo Zi mengutuk semua jenis peperangan kecuali peperangan untuk mempertahankan negeri.
Tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/agama-tamadun-China.html
Groups.yahoo.com/group/aaea2306/message/1
Tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/agama-tamadun-China.html
Groups.yahoo.com/group/aaea2306/message/1