Pada zaman Kamakura (1185-1392), peralihan kuasa secara beransur-ansur telah berlaku dari golongan bangsawan kepada golongan tentera yang juga merupakan pemilik tanah di wilayah-wilayah. Ketika zaman ini, perubahan yang dramatik berlaku dalam politik, masyarakat dan budaya Jepun. Bakufu, atau kerajaan yang diperintah oleh general tentera (shogun) mengawal negara dari pangkalan mereka di Kamakura, berhampiran Tokyo moden. Disebabkan maharaja kekal sebagai ketua negara atas nama sahaja di ibu kota Kyoto, sistem kerajaan binari, telah ditubuhkan dan bertahan selama tujuh abad seterusnya. Oleh kerana itu, keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Jepun telah berubah termasuklah dari segi pakaian.
Tsubo-shozaku adalah pakaian untuk merantau bagi wanita kelas atasan. Tsubo adalah perkataan pendek bagi tsubomeru (= untuk menutup) yang membawa maksud pemakaian tanpa membuka baju. Ini bermakna uchiki dan skirt terletak di bahagian dalam pakaian.
Ketika melawat ke tempat suci atau hendak keluar berjalan jauh, sebuah azimat digantung di bahagian hadapan.
Ketika melawat ke tempat suci atau hendak keluar berjalan jauh, sebuah azimat digantung di bahagian hadapan.
Dalam gaya ini, kake-obi (sejenis tali menyerupai tali pinggang) dipakai di atas dada dan disambungkan ke bahagian belakang. Sandal yang diperbuat daripada tali jerami turut dipakai di kaki. Dalam pakaian ini juga, topi igasa dipakai bersama karamushi, iaitu sejenis tekstil nipis yang ditenun menggunakan benang rami berkualiti tinggi. Pakaian ini juga digelar Mushi no tareginu kerana fungsinya sebagai penghalau serangga.
|
Suo adalah pakaian harian yang dipakai oleh jeneral tentera. Akan tetapi, pakaian ini dijadikan sebagai pakaian harian biasa selepas zaman Muromachi. Pakaian konoshi yang ditunjukkan dalam gambar turut dikenali sebagai kariginu-noshi. Konoshi adalah hasil gabungan daripada noshi dan kariginu.
Lengan konoshi sama seperti kariginu yang mempunyai sodetsuyu. Hanya beberapa lelaki yang dipilih oleh pihak atasan dibenarkan untuk memakai tali ungu kakeo. Seluar hakama dalam gambar adalah seluar sashinuki [= nu-bakama] dengan benang putih yang mendatar. Kebiasaannya, seseorang yang lebih tua daripada 40 tahun akan memakai noshi yang berwarna biru muda. Warna menjadi semakin cerah dengan kepanjangan umur dan orang yang lebih tua daripada 70 tahun memakai noshi yang berwarna putih. |
Pakaian besi kusari-gusoku yang ditunjukkan dalam gambar adalah diperbuat daripada kain asas yang dipenuhi dengan rantai. Walaupun kusari-gusoku turut ditetapkan untuk pakaian besi domaru, pakaian besi kusari-gusoku di dalam gambar adalah dari jenis dua tembaga, gusoku dan kusari-kabuto (= rantai topi keledar)". Oleh kerana pakaian ini telah disambungkan dengan rantai menggunakan “griddles” (kad besi) yang berbentuk segi empat kecil, samurai bebas menggerakkan tubuhnya.
Bahagian luar pakaian besi kusari-gusoku telah disalut dengan warna hitam dan kusazuri dibuat dalam stail shichi-ken (= tujuh keping). Uwa-obi (= tali pinggang atas) dipakai untuk mengekalkan kedudukan pedang uchi-gatana (= pedang memukul) di pinggang. |
Pada asalnya, hanya golongan bangsawan istana sahaja yang memakai yumaki di sekeliling pinggang mereka ketika mandi. Golongan wanita-wanita istana memakaikan yumaki di atas pakaian uchiki atau akome. Kebanyakan yumaki ditenun daripada sutera asli. Selain daripada menjalankan tugas di kolam air panas istana, wanita istana turut memakaikan Maharaja dengan yumaki ketika Maharaja memotong rambut. Yumaki turut digunakan ketika meletakkan anak kecil ke dalam kolam air panas.
Dalam Heike Monogatari (= Kisah dongeng Heike) dikatakan bahawa pakaian yumaki telah dipakai oleh golongan bangsawan. Mereka tidak memakai pakaian sutera putih, tetapi memakai pakaian bercorak sebagai pakaian harian biasa. Pakaian bercorak ini kemudiannya ditukar kepada hakama pada abad ke-12. Pada zaman Kamakura, kosode dan yumaki dipakai oleh wanita biasa sebagai pakaian harian. |
Ohara-me (= wanita daripada kampung Ohara) menetap di kampung Yase dan Ohara di kaki Gunung Hiei yang terletak di utara Kyoto. Mereka keluar ke bandar untuk mencari rezeki dengan menjual arang atau kayu api. Dalam gambar di atas, ohara-me memakai kimono kosode berwarna hitam dan pakaian putih di dalam, tali pinggang obi yang nipis berwarna merah dan putih, sepasang tekko (pelindung tangan) berwarna putih, sepasang "habaki" (pelindung kaki) dan waraji (sandal jerami). Selain itu, dia juga membawa kayu api di kepala yang dilapik oleh tuala tenugui putih.
|
Rujukan
1. The Metropolitan Museum of Art. (2000-2013). Kamakura and Nanbokucho Periods (1185–1392). Retrieved from http://www.metmuseum.org/toah/hd/kana/hd_kana.htm
2. The Costume Museum. (1998) The Kamakura Period. Retrieved from http://www.iz2.or.jp/english/fukusyoku/busou/index.htm
1. The Metropolitan Museum of Art. (2000-2013). Kamakura and Nanbokucho Periods (1185–1392). Retrieved from http://www.metmuseum.org/toah/hd/kana/hd_kana.htm
2. The Costume Museum. (1998) The Kamakura Period. Retrieved from http://www.iz2.or.jp/english/fukusyoku/busou/index.htm