Shogatsu (Tahun Baru)
Tahun baru merupakan antara acara terpenting yang disambut oleh masyarakat Jepun. Semasa sambutan ini berlangsung, kesemua saudara-mara yang tinggal berjauhan akan berkumpul bersama-sama bagi mendoakan supaya semua ahli keluarga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Pada 1 Januari, segelintir masyarakat Jepun akan mengenakan pakaian kimono. Premis-premis perniagaan kebanyakannya juga akan ditutup pada 1 hingga 3 Januari.
Melawat ke tempat suci atau kuil merupakan satu tradisi bagi mereka. Tujuan mereka melawat adalah untuk mendoakan kesihatan dan kebahagiaan bagi tahun yang akan datang. Terdapat lima langkah dalam melakukan pemujaan atau penyembahan di makam semasa sambutan shogatsu. Pertama, melemparkan duit syiling ke dalam kotak kayu. Kedua, membunyikan loceng. Ketiga, menundukkan kepala sebanyak dua kali. Keempat, menepuk tangan juga sebanyak dua kali. Kelima, menundukkan kepala sekali lagi dengan bilangan satu kali. Amalan ini dikenali sebagai hatsumode.
Semasa sambutan shogatsu terdapat beberapa hidangan istimewa yang dihidangkan. Antaranya, osechi ryori, zoni dan toso. Osechi ryori merupakan makanan istimewa yang disediakan dan disusun di dalam kotak lakuer. Makanan tersebut dimakan dengan harapan untuk kesihatan dan kemakmuran keluarga. Selain itu, zoni turut dihidangkan dimana ia adalah sup istimewa yang dicampur bersama kuih beras, sayur-sayuran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penyediaan sup berbeza di antara kawasan mengikut tradidi mereka. Jika di Kanto iaitu di bahagian timur mereka lebih suka ‘clear soup’ begitu juga di Kansai iaitu di bahagian barat mereka lebih suka ‘white miso soup’. Toso merupakan wain beras manis yang kaya dengan herba. Ia diminum pada hari tahun baru secara tradisi dan dianggap akan mencegah daripada mendapat penyakit. Pada 7 Januari juga, nanakusagayu iaitu bubur nasi yang disediakan dengan tujuh jenis rumput pada musim bunga akan dimakan sebagai sarapan pagi sebagai satu cara bagi mendapatkan kesihatan yang baik sepanjang tahun.
Pada tahun baru juga, bertukar kad ucapan merupakan adat yang popular. Kad dihantar kepada kawan-kawan, saudara mara dan rakan sekerja untuk menyatakan azam dan resolusi tahun baru serta memberi maklumat terkini tentang kehidupan mereka. Selain itu, otoshidama merujuk kepada memberi dan menerima hadiah di kalangan orang dewasa pada asalnya kini telah berubah dimana anak-anak akan diberikan wang oleh ibu bapa, datuk dan nenek serta saudara-mara. Kemudian, pada 2 Januari kaligrafi yang pertama diadakan bagi menulis azam atau resolusi mereka untuk tahun yang akan datang.
Terdapat juga permainan tradisional yang dimainkan pada tahun baru seperti hanetsuki (badminton Jepun), takoage (layang-layang), koma (gasing), karuta (permainan kad), fukuwarai dan sugoroku (permainan dadu). Pelbagai aktiviti dilakukan semasa cuti tahun baru dimana semua ahli keluarga berkumpul menghabiskan hari-hari bersama.

Setsubun (Perayaan Melontar Kacang)
Upacara ini diadakan pada 3 atau 4 Februari iaitu sehari sebelum musim bunga. Masyarakat Jepun akan menabur kacang soya panggang di tempat-tempat suci sambil melaungkan ‘oni wa soto, fuku wa uchi’ dan memakai pakaian seperti syaitan yang bertujuan mengusirnya. Selain itu, mereka juga akan mengumpul dan memakan kacang mengikut bilangan umur mereka untuk menyatakan kehendak mereka mendapatkan kesihatan yang baik.

Hari Kekasih (Valentine’s Day)
Disambut pada 14 Februari dan telah menjadi hari yang penting terutamanya bagi golongan muda. Sambutan ini dikatakan telah masuk ke Jepun dari barat pada tahun 1960-an. Di Jepun, kaum wanita akan memberikan coklat kepada kaum lelaki sebagai tanda kasih sayang mereka.

Hina Matsuri (Perayaan Anak Patung)
Sejak tahun 1948, Hari Kanak-Kanak Perempuan iaitu pada 3 Mac dan Hari Kanak-Kanak Lelaki pada 5 Mei telah digabungkan secara rasminya sebagai Hari Kanak-Kanak. Walau bagaimanapun, keluarga di Jepun terus mengikut tradisi lama iaitu meraikannya secara berasingan. Hari kanak-kanak perempuan dikenali sebagai perayaan anak patung. Perayaan ini disambut dengan memaparkan anak patung di atas rak dengan memakai kimono yang cantik. Anak patung tersebut dipaparkan dan disusun secara berperingkat mengikut pangkat. Turutannya terdiri daripada, Hina (permaisuri) dan Dairi (maharaja) duduk di rak atas, diikuti oleh sannin-kanjo (tiga wanita mahkamah), gonin-bayashi (lima pemuzik mahkamah), zuishin (pengiring) dan eji (pengawal). Anak patung biasanya boleh dibuat dengan origami atau dibuat dengan memakaikan sutera sulam yang sebenar dan kebiasaannya set anak patung sering diwarisi namun jika tiada set anak patung yang diwariskan mereka boleh membuat atau membelinya semasa kelahiran anak perempuan yang pertama. Terdapat juga makanan yang dihidangkan semasa perayaan ini seperti kek beras berbentuk berlian, gula-gula dan sake putih (sejenis arak yang diperbuat daripada tapai). Makanan yang dipaparkan sering menjadi persaingan di antara rakan-rakan dan rumah-rumah. Perayaan ini bertujuan untuk mendoakan kesihatan dan pertumbuhan anak-anak perempuan mereka. Ia juga mempunyai kaitan dengan perkahwinan anak perempuan mereka pada masa akan datang.

Higan (Minggu Ekuinoks)
Ia bermula pada 21 hingga 23 Mac, dimana pada hari tersebut perkhidmatan Buddha disediakan bagi membakar kemenyan dan berdoa bagi roh mereka yang telah meninggal dunia. Kubur nenek-moyang akan dilawat pada minggu musim bunga dan musim luruh yang masing-masing sekitar 21 Mac dan 23 September.

Hanami (Melihat Sakura Mekar)
Bunga sakura akan berkembang mekar pada awal musim bunga iaitu bermula pada bulan Februari di Kyushu dan memuncak pada akhir bulan Mac ataupun awal bulan April di Honshu amnya. Tempoh masa bagi bunga-bunga sakura berkembang mekar adalah singkat dan kebiasaannya kekal dan bertahan hanya dalam masa seminggu. Antara tempat-tempat yang terkenal untuk melihat suasana sakura berkembang adalah di Maruyama-koen Kyoto dan Ueno-koen Tokyo. Masyarakat Jepun biasanya akan membuat parti di bawah pohon sakura, duduk bersantai sambil menjamu selera, menyanyi, bergembira dan melihat suasana sakura mekar.

Minggu Emas (Golden Week)
Minggu Emas adalah percutian yang bermula pada akhir bulan April sehingga awal bulan Mei. Minggu Emas adalah tempoh satu minggu yang mengumpulkan empat hari cuti kebangsaan. Ia juga merupakan musim cuti yang paling sibuk selain daripada perayaan tahun baru dan obon. Hal ini kerana, lokasi pengangkutan awam seperti di lapangan terbang, dan stesen kereta api serta tempat-tempat bersiar menjadi sangat sesak. Antara cuti kebangsaan yang membentuk Minggu Emas ini adalah Showa-no-hi (Hari Maharaja Showa) iaitu pada 29 April, Kempo Kinem-bi (Hari Perlembagaan) iaitu pada 3 Mei, Midori-no-hi (Hari Hijau) iaitu pada 4 Mei dan Kodomo-no-hi (Hari Kanak-Kanak) iaitu pada 5 Mei. Kebiasaannya, tempahan pengangkutan dan penginapan pada Minggu Emas akan dibuat lebih awal bagi.

Kodomo-no-hi (Hari Kanak-kanak)
Hari kanak-kanak yang disambut pada 5 Mei ini juga dikenali sebagai perayaan kanak-kanak lelaki iaitu untuk meraikan pertumbuhan kesihatan mereka. Kerajaan telah menukar 5 Mei sebagai hari kanak-kanak pada tahun 1948 yang menggabungkan hari kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam cuti kebangsaan. Walau bagaimanapun, sambutan berasingan telah menjadi satu tradisi dan keluarga-keluarga di Jepun masih meraikan kedua-dua perayaan secara berasingan pada 3 Mac dan 5 Mei. Tradisinya, setiap rumah yang mempunyai kanak-kanak lelaki akan menggantungkan dan menerbangkan koinobori (layang-layang ikan kaloi) bagi mewakili seorang anak lelaki bagi rumah tersebut. Ikan kaloi tersebut sebenarnya adalah simbol tradisional orang Cina iaitu kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Ia juga dianggap sebagai ikan bertuah yang melambangkan kejayaan dalam hidup. Adat pada mulanya terhad kepada rumah pahlawan kemudian ia telah tersebar ke seluruh bandar sepanjang tempoh Edo. Kemudiannya, semasa tempoh awal Meiji ia telah diiktiraf menjadi perayaan bagi setiap rumah yang mempunyai kanak-kanak lelaki.
Layang-layang biasanya diperbuat daripada kertas tetapi pada hari ini kebanyakannya diperbuat daripada sintetik. Walaupun sutera lebih mahal, model buatan tangan yang menggunakan kertas masih ada. Antara yang sering menjadi persaingan di antara jiran-jiran adalah perbezaan dari segi kualiti dan saiz layang-layang tersebut dimana masing-masing mahukan yang terbaik. Layang-layang tersebut akan digantung di pintu mahupun atap rumah. Selain itu, patung pahlawan samurai dan topi keledar kabuto samurai dipaparkan di rumah untuk memberikan inspirasi kepada kekuatan dan keberanian.
Terdapat juga aktiviti lain yang disediakan di seluruh Jepun antaranya teater tradisional Jepun yang diadakan di peringkat pusat dan ‘Olimpik Kanak-kanak’ yang diadakan di Stadium Nasional Kasumigaoka di Tokyo. Kanak-kanak lelaki juga akan menggunakan masa ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, saudara-mara dan guru-guru merka kerana menjaga mereka.

Haha-no-hi (Hari Ibu)
Sambutan Hari Ibu adalah pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Di Jepun, kanak-kanak akan bangun awal pagi untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu mereka. Ibu-ibu di Jepun disambut dengan diberikan bunga sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang mereka. Antara hadiah yang diberikan seperti bunga kimono kapas berwarna merah, bunga kimono sutera berwarna merah jambu, patung kokeshi, kad wangi berwarna merah dan sebagainya. Budaya Jepun yang meraikan sambutan Hari Ibu menampakkan perbezaan dengan negara-negara lain yang seterusnya menjadikan ia sesuatu yang unik. Bunga teluki merupakan hadiah yang popular di Jepun. Ia dianggap sebagai simbol keibuan kerana kemanisan, kesucian dan daya tahan para ibu. Masyarakat Jepun menunjukkan cinta mereka kepada ibu dalam bentuk bunga yang cantik.

Chichi-no-hi (Hari Bapa)
Hari Bapa pula adalah pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun. Hadiah yang diberikan kepada bapa adalah sebagai tanda terima kasih dan hormat. Kebiasaannya hadiah diberikan tanpa disertakan dengan kad ucapan. Sambutan Hari Bapa disambut dalam kadar yang sederhana tidak seperti sambutan Hari Ibu.

Tanabata (Perayaan Bintang)
Perayaan bintang disambut pada 7 Julai dan berasal dari legenda Cina. Berdasarkan lagenda dua bintang iaitu Altair (bintang pengembala) dan Vega (bintang tukang penenun puteri) telah dipisahkan dan tidak dibenarkan untuk bertemu antara satu sama lain di seluruh bima sakti dan hanya dibenarkan bertemu sekali setahun iaitu pada malam 7 Julai. Semasa perayaan ini, gadis-gadis digalakkan untuk berdoa agar penulisan kaligrafi dan kraftangan dapat ditingkatkan. Adat semasa perayaan ini adalah menyediakan dahan pohon buluh di taman dimana puisi-puisi dan hajat yang ditulis di kertas warna-warni akan digantung pada dahan-dahan buluh tersebut.

Chugen (Hadiah Musim Panas Pertengahan Tahun)
Chugen merupakan satu adat di mana pada pertengahan Julai hadiah akan diberikan kepada kenalan, penyelia syarikat, saudara-mara dan kawan-kawan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas bantuan yang telah diberikan.

Perayaan Musim Panas
Perayaan musim panas yang disambut pada bulan Julai diadakan di tempat-tempat suci dimana semasa perayaan ini, golongan muda akan memakai kot happi dan mengikat kepala dengan kain dan mengangkat mikoshi di atas bahu mereka sambil menjerit “wasshoi, wasshoi.”

Obon (Perayaan Orang Mati)
Obon disambut pada 13 hingga 15 Ogos yang merupakan upacara Buddha menyambut kembali roh-roh nenek moyang ke bumi. Upacara dan perayaan ini merupakan gabungan kedua-dua amalan dan kepercayaan Buddha. Keluarga akan membayar rahib untuk melawat dan membuat pemujaan bagi roh-roh nenek moyang. Secara umumnya, semasa perayaan ini juga api mukaebi akan dinyalakan pada awal malam ke-13 untuk menerima roh-roh nenek moyang dimana persembahan buah-buahan dan sayur-sayuran juga akan diletakkan. Kemudian, pada malam ke-16 api okuribi dinyalakan untuk melihat roh-roh nenek moyang. Apabila tanglung-tanglung dinyalakan dan diapungkan ke sungai-sungai, tasik atau laut ia menandakan kembalinya roh-roh nenek moyang ke tempat asal. Persembahan bunga api merupakan sebahagian daripada sambutan Obon dan pada musim perayaan ini juga terkenalnya tarian Obon di mana di sesetengah tempat masyarakat Jepun akan menari mengelilingi panggung mengikut rentak gendang.

Tsukimi (Melihat Bulan)
Tsukimi adalah perayaan yang diadakan pada bulan September iaitu semasa bulan penuh. Ia merupakan perayaan tradisional Jepun yang menghormati bulan penuh pada musim luruh dan juga disambut untuk meraikan musim menuai. Tujuh bunga musim luruh seperti eulalia, tsukimi dango dan sayur-sayuran dipaparkan semasa perayaan ini. Secara tradisinya, bunga musim luruh akan dihias di dalam pasu dan bekas-bekas semasa bulan penuh. Adat melihat bulan ini dikatakan telah diperkenalkan dari China. Walaupun bulan tidak selalu penuh, namun ia dikatakan bulan yang paling cantik dan terang pada masa tersebut.

Shichigosan
Sambutan ini diadakan pada 15 November dimana lawatan isitiadat ke tempat-tempat suci dibayar oleh ibu bapa supaya anak-anak mereka dapat berdoa dan bersyukur serta berterima kasih ke atas pertumbuhan kesihatan mereka. Had umur bagi kanak-kanak untuk upacara ini ialah kanak-kanak lelaki berumur 3 atau 5 tahun manakala kanak-kanak perempuan 3 atau 7 tahun. Pada hari tersebut kanak-kanak perlu memakai pakaian kimono yang paling baik dan cantik dan membawa chitoseame yang merupakan gula-gula batang yang panjang dan nipis yang berwarna merah dan putih yang dipercayai akan membawa tuah. Chitoseame juga bermaksud beribu tahun, maka apabila mereka makan gula-gula tersebut ia sebagai hajat untuk jangka hayat.

Seibo (Pemberian Hadiah Akhir Tahun)
Acara ini dilakukan pada pertengahan Disember. Ia merupakan adat untuk memberikan hadiah kepada mereka yang telah banyak membantu.

Bonenkai (Parti Akhir Tahun)
Parti ini disambut bagi mengalu-alukan kedatangan tahun baru dan melepaskan segala kesusahan dan keperitan yang dialami sepanjang tahun dimana kedatangan tahun baru tersebut dipenuhi dengan azam-azam yang baru mahupun azam lama yang masih belum dicapai. Kebiasaannya, parti akan disambut di restoran-restoran yang turut dihadiri oleh rakan sekerja dan rakan-rakan lain.

Krismas
Perayaan krismas bukanlah cuti umum di Jepun. Walau bagaimanapun, ia disambut dengan baik dimana masyarakat Jepun mula untuk menghias pokok-pokok krismas dan bertukar-tukar hadiah dengan keluarga dan rakan-rakan. Perayaan ini pada asalnya telah diperkenalkan dari Eropah pada abad ke-16. Semakin lama ia berkembang menjadi sesuatu yang popular di Jepun. Walaupun peratusan orang beragama Kristian adalah sedikit, masyarakat Jepun menganggap ia sebagai satu tradisi. Majoriti golongan muda mengatakan perayaan ini adalah sesuatu yang istimewa. Makanan tradisi semasa menyambut Krismas di Jepun adalah kek yang dihias cantik.

Osoji (Pembersihan Akhir Tahun)
Osoji (pembersihan rumah) dilakukan bagi menyambut kedatangan tahun baru dimana pembersihan dilakukan dengan lebih terperinci. Apabila segala kekotoran telah hilang, secara tidak langsung tahun baru dapat disambut dalam keadaan yang segar, tenang dan bersih. Ia juga dapat menimbulkan keselesaan yang tinggi yang akan membawa keazaman baru untuk dilakukan dan dicapai pada tahun berikutnya.

Mochitsuki (Membuat Kek Beras)
Dengan kehadiran tahun baru yang semakin hampir, masyarakat Jepun biasanya membuat persediaan dengan membuat kek beras. Secara tradisinya, masyarakat Jepun akan menyediakan kek beras dengan sendiri iaitu dengan menumbuk nasi kukus. Walau bagaimanapun, peredaran masa menyebabkan kek-kek beras boleh didapati dengan mudah pada masa kini yang telah dibuat dan siap dijual di kedai-kedai.

Omisoka (Malam Tahun Baru)
Pada 31 Disember, kebanyakan masyarakat Jepun akan memenuhi malam terakhir dalam setahun dengan menikmati pelbagai persembahan muzik dan juga program-program di televisyen. Pada malam tahun baru juga, terdapat hidangan yang dimakan iaitu toshikoshi soba. Tujuan memakan mi tersebut adalah untuk mendapatkan kesihatan bagi seluruh seisi keluarga pada tahun akan datang. Terdapat juga kepercayaan dimana apabila mi tersebut tidak dapat dihabiskan sehingga lewat malam keluarga tersebut tidak mempunyai kewangan yang baik pada tahun akan datang. Pada lewat malam tahun baru juga loceng akan dibunyikan atau dikenali dengan Joya no kane. Loceng ini akan dibunyikan sebanyak 1o8 kali sehinggalah ke awal pagi tahun baru. Dikatakan 108 adalah lambang kepada bilangan nafsu duniawi manusia.