Hari
kelima bulan lunar kelima adalah perayaan tradisional yang besar kepada kaum Cina.
Perayaan ini dikenali sebagai Dragon Boat Festival juga disebut sebagai Duan Wu Jie dalam bahasa Cina.
Pada hari ini , orang Cina makan zongzi dan mengadakan perlumbaan perahu naga. Dragon
Boat Festival merupakan perayaan tradisional yang bermula di China pada zaman
berperang,ia mempunyai sejarah lebih daripada 2,000 tahun. Asal usul perayaan
ini mempunyai banyak legenda. Salah satu yang paling dipercayai oleh orang
ramai adalah untuk menghargai seorang penyair patriotik.
ASAL UNSUR PERAYAAN DUAN WU
Menurut legenda, perayaan ini adalah untuk menghargai seorang penyair patriotik yang bernama Qu Yuan. Qu Yuan merupakan seorang ahli politik dan penyair yang tinggal di negara Chu semasa Zaman Berperang di Cina. Pada Zaman Berperang, mempunyai 7 negara yang saling berperang iaitu Qi, Chu , Yan, Han , Zhao, Wei dan Qin. Di antara 7 negara tersebut , Qin merupakan negara yang paling kuat dan ingin menyerang negara yang lain untuk menjadi lebih kuat. Qu Yuan merupakan seorang ahli politik di negara Chu. Beliau menegaskan bahawa politik Chu harus diperbaharui dan bahawa ia perlu bersatu dengan negeri-negeri lain untuk menentang Qin. Tetapi pendirian beliau telah ditentang oleh pengampu licik, mereka mengumpat Qu Yan di depan Raja Chu supaya Raja Chu tidak menerima cadangan beliau dan menghalau beliau keluar dari pusat bandar. Walaupun dibuang negara, Qu yuan masih sangat bimbang tentang nasih negara beliau. Apabila beliau mendengar berita bahawa Qin telah mengalahkan negeri Chu, beliau sangat sedih dan merasakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyelamatkan tanah air, dan seterusnya menenggelamkan dirinya ke dalam Sungai Miluo. Hari beliau bunuh diri merupakan hari kelima bulan lunar kelima pada tahun 278 sebelum masihi.
Apabila orang ramai mendengar berita ini, mereka mendayung bot mereka di sungai Miluo dan cuba mencari mayatnya, tetapi gagal. Untuk tidak membiarkan ikan dan udang makan mayat Qu Yuan, orang ramai mencampakkan makanan ke dalam sungai untuk memberi makan kepada ikan dan udang. Selepas itu, pada setiap hari kelima bulan kelima lunar, orang akan mencampakkan makanan ke dalam sungai. Kemudian, orang ramai berubah mengunakan daun buluh untuk membalut beras pulut ke dalam bentuk piramid (zongzi) dan mencampakkan ke dalam sungai. Dengan itu, adat makan zongzi dan mengadakan perlumbaan perahu naga pada hari tersebut telah dibentuk.

ADAT ISTIADAT
1) MAKAN ZONGZI
Zongzi merupakan sejenis makanan yang mengunakan daun buluh untuk membalut beras pulut ke dalam bentuk piramid. Makanan ini mempunyai sejarah yang panjang di dalam sejarah Cina. Dengan perkembangan masa, orang ramai mula mencampur beras pulut dengan pelbagai jenis bahan makanan supaya Zongzi menjadi lagi sedap. Hingga zaman kini, pelbagai bentuk dan jenis Zongzi telah muncul.

2) PERLUMBAAN PERAHU NAGA
Perlumbuan perahu naga merupakan salah satu aktiviti yang diadakan setiap Perayan Duan Wu. Pada mulanya, perlumbaan perahu naga merupakan aktiviti yang diadakan untuk menghargai Qu Yuan. Dengan perkembangan masa, Perayaan Duan Wu disebarkan ke nagara lain di Asia seperti Korea , Japan , Vietnam dan negara-negara lain, adat perlumbuan perahu naga juga menjadi adat mereka apabila menyambut Perayaan Duan Wu. Sehingga zaman kini, perlumbuan perahu naga telah menjadi salah satu aktiviti sukan air di seluruh dunia. |
PERAYAAN DUAN WU
References:
Ren Qiliang . Commom Knowledge about Chinese Culture , Hong Kong: HK China Tourism Press , 2007.
Wei LiMing. Chinese Festival .Beijing: China Intercontinental Press. 2005
China Web. "Chinese Traditional Festival : Dragon Boat Festival ".Accessed 1 May ,2013
http://www.china.com.cn/ch-jieri/duanwu/1.htm