MID-AUTUMN FESTIVAL (PERAYAAN ZHONG QIU)
TARIKH: Hari ke-15 pada bulan ke-8 Lunar
Mid-Autumn Festival merupakan salah satu perayaan terpenting selain Tahun Baru Cina.Menurut kalendar Lunar, bulan tujuh , lapan dan sembilan merupakan musim luruh, bulan lapan lunar berada di tengah musim luruh dan hari ke-15 bulan yang menyambut Perayaan Zhong Qiu juga berada di tengah bulan lapan. Dengan ini, perayaan ini dikenali sebagai Mid-Autumn Festival. Pada waktu tersebut, bulan adalah mengambang dan amat terang, maka menjadikan waktu yang sesuai untuk menikmati bulan yang cerah tersebut.
Mid-Autumn Festival mempunyai sejarah yang panjang, sama dengan perayaan tradisi yang lain, perayaan ini juga dibentuk secara perlahan-lahan dan beransur-ansur sehingga menjadi perayaan yang penting kepada orang Cina. Perayaan ini muncul seawal-awalnya pada Dinasti Zhou, raja-raja mempunyai adat menyembah bulan pada musim Autumn, adat ini kemudian disebar ke kalangan bangsawan dan akhirnya ke kalangan rakyat. Sehingga Dinasti Tang, perayaan ini telah menjadi perayaan yang penting kepaya rakyat dan juga menjadi perayaan yang tetap kepada orang Cina.
Antara makna asas yang terdapat dalam Perayaan Kuih Bulan adalah perhimpunan keluarga dan rakan-rakan yang datang bersama-sama atau menuai tanaman, kesyukuran bagi tuaian atau keharmonian, dan berdoa bagi bayi, pasangan, kecantikan, umur panjang atau masa depan yang baik. Menurut tradisi dan mitos, persekitaran perayaan ini adalah dibentuk mengikut tiga makna tersebut, walaubagaimanapun dari masa ke semasa tradisi berubah akibat perubahan dalam teknologi, sains, ekonomi, budaya, dan agama.

LEGENDA TENTANG MID-AUTUMN FESTIVAL
1) CHANG'E YANG TERBANG KE BULAN
Chang'e merupakan isteri kepada Hou Yi, wira yang menembak jatuh sembilan matahari dalam legenda Cina purba. Pada suatu hari , Hou Yi telah mendapat satu ubat yang dapat memperabadi hidup dia dan menjadi dewa daripada Ibu Ratu Langit Barat. Tetapi Hou Yi enggan meninggal isterinya Chang'e dengan makan ubat ini , oleh sebab itu , Hou Yi menyuruh isterinya menyimpan ubat tersebut. Keadaan ini diketahui oleh seorang pengikut Hou Yi yang licik, dia cuba merampas ubat ini daripada Chang'e semasa Hou Yi keluar memburu dengan pengikut lain. Untuk melindungi ubat ini, Chang'e terpaksa makan ubat tersebut dan menjadi dewi di syurga. Tetapi Chang'e juga enggan meninggal suaminya Hou Yi, oleh itu Chang'e terbang ke bulan yang terdekat dengan dunia, supaya dapat jumpa Hou Yi setiap hari. Hou Yi yang merindu Chang'e juga mula menyembah bulan dan ini kemudiannya menjadi adat kepada Mid-Autumn Festival.
2) ZHU YUAN ZHANG DAN PEMBERONTAK DENGAN KUIH BULAN
Adat makan kuih bulan pada Mid-Autumn Festival ditetap semasa Dinasti Ming untuk menyambut kemenangan orang Cina menumpuskan Penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 S.M – 1341 S.M). Menurut legenda, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang disebarkan oleh tentera Zhu Yuan Zhang dan akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
ADAT ISTIADAT
1) MENIKMATI BULAN PENUH
Pada Mid-Autumn Festival, bulan adalah mengambang dan amat terang, maka menjadikan waktu yang sesuai untuk menikmati bulan yang cerah tersebut. Pada zaman dahulu, orang purba mempunyai adat menyembah bulan, tetapi adat beralih menjadi menikmati bulan secara beransur-ansur.

2) MAKAN KUIH BULAN
Kuih Bulan merupakan satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Adat makan kuih bulan menjadi adat yang tetap semasa Dinasti Ming untuk menyambut pemberontak yang berjaya kepada Dinasti Yuan. Salah satu lambang tradisi perayaan Zhong Qiu adalah membuat serta mengongsi kuih bulan. Mengikut budaya Cina, bentuk bulan melambangkan kesempurnaan dan perpaduan. Oleh itu, perkongsian kuih bulan bulat di kalangan ahli keluarga memberi maksud kesempurnaan dan perpaduan keluarga. |
Legends and traditions of the Mid-Autumn Festival
|
|
References:
Ren Qiliang . Commom Knowledge about Chinese Culture , Hong Kong: HK China Tourism Press , 2007.
Wei LiMing. Chinese Festival .Beijing: China Intercontinental Press. 2005
China Web. "Chinese Traditional Festival : Mid-Autumn Festival ".Accessed 1 May ,2013
http://www.china.com.cn/ch-jieri/zhongqiu/1.htm