Pengenalan
Sekolah moden di Korea yang pertama dibina adalah pada tahun 1885. Hal tersebut kerana keadaan politik dalam negara yang kucar-kacir disebabkan oleh kolonialisasi Korea oleh Jepun. Kolonialisasi Korea oleh Jepun ini telah melambatkan lagi proses perkembangan pendidikan moden di Korea sehingga selepas Perang Dunia II. Perang Korea yang tercetus pada tahun 1950-1953 juga turut melambatkan lagi proses perkembangan pendidikan di Korea Selatan. Pada masa Perang Korea, semua sekolah yang berada di Korea Selatan terpaksa diberikan perlindungan penuh dan banyak pelajar terpaksa mengambil bahagian dalam perang untuk mempertahankan dan melindungi negara.
Korea Selatan yang mengamalkan fahaman Konfusianisme menganggap bahawa pendidikan merupakan kunci untuk kejayaan di masa hadapan. Sehingga pada tahun 1953, rakyat bersama-sama dengan kerajaan membangun semula pendidikan yang telah menjadi kucar-kacir. Kerjasama di antara kerajaan dan rakyat seterusnya menghasilkan perkembangan pendidikan yang amat baik. Penandatanganan perjanjian gencatan senjata yang menghentikan perang buat sementara waktu telah menyebabkan pemulihan sistem pendidikan di Korea Selatan. Bantuan daripada Amerika Syarikat dan United Nations Korean Reconstruction Agency juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan pendidikan di Korea Selatan semakin pulih.
Bukan sahaja memberikan pengetahuan asas, pendidikan di Korea Selatan juga bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai dan kemahiran dalam diri pelajar untuk pembangunan negara. Pendidikan di Korea Selatan juga menggalakkan munculnya kesedaran di kalangan pelajar sehingga membolehkan wujudnya perasaan bangga terhadap negara. Pendidikan formal, penyusunan, dan hak cipta buku-buku teks, serta kemudahan pendidikan adalah berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.
Di Korea Selatan, pendidikan dibahagikan kepada 6 tahun sekolah rendah, 3 tahun sekolah menengah, 3 tahun sekolah tinggi, dan 4 tahun universiti. Sistem pendidikan yang berlaku di Korea Selatan ini adalah sama dengan sistem pendidikan Amerika Syarikat. Hal tersebut kerana persamaan ideologi di antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat serta Korea yang sememangnya pro-Amerika Syarikat. Sistem pendidikan selalu dikaji semula contohnya, kebelakangan ini peperiksaan masuk ke sekolah menengah dan sekolah tinggi telah dihilangkan. Pembaharuan lain yang dijalankan adalah penambahan kuota pengambilan pelajar untuk masuk ke universiti. Hal sedemikan membolehkan pelajar lepasan sekolah meneruskan pelajaran mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Rujukan :
1. Bedeski, R. (1994). The Transformation of South Korea. London: Routledge.
2. Kwangmyong Publishing Company. (1972). Korea: Past and Present. Seoul: Kwangmyong Publishing Company.