Kebiasaannya, kesemua hidangan akan diletakkan di atas meja makan pada satu-satu masa makan. Satu set sudu garfu dan penyepit digunakan ketika makan. Nasi akan dimakan bersama sup dan hidangan sampingan. Nasi dan sup akan dihidangkan secara individu manakala hidangan sampingan akan dikongsi bersama.
Pada masa kini, mangkuk biasanya diperbuat daripada tanah liat, besi ataupun plastik. Namun, pada majlis -majlis penting, pinggan mangkuk porselin putih akan digunakan.
Pada masa dahulu, golongan atasan makan menggunakan mangkuk tembaga pada musim sejuk dan mangkuk porselin semasa musim panas. Sepasang penyepit dan sudu perak dianggap anggun bergaya. Sementara golongan kebanyakan makan menggunakan pinggan mangkuk tanah liat, penyepit kayu dan sudu.
Kebanyakan restoran di Korea mempunyai dua jenis tempat makan iaitu meja dan kerusi cara Barat makan serta meja rendah di mana pelanggan duduk di atas kusyen.
Begitu juga di rumah, kebanyakan masyarakat Korea akan menggunakan meja dan kerusi untuk makan sehari-harian sementara makan menggunakan meja yang rendah bersama kusyen ketika melayan tetamu yang datang bertandang. Lantai rumah mereka biasanya dilengkapi dengan sistem pemanas. Oleh itu, mereka akan berasa selesa makan sedemikian.

Etika di Meja Makan
Makan bersama menjadi satu budaya penting dalam masyarakat Korea. Mereka biasanya makan bersama keluarga atau pun rakan sekerja. Berikut ialah beberapa perkara yang menjadi budaya mereka:
1) Jika makan bersama orang yang lebih tua, pastikan mereka makan dahulu sebelum anda dan tunggu sehingga mereka selesai makan.
2) Apabila makanan tiba, rasa dahulu sup atau stew, diikuti nasi dan hidangan yang lain.
3) Adalah kurang manis jika mangkuk yang mengandungi nasi diangkat dari meja. Hal ini berbeza dengan mana-mana negara Asia Timur lain yang akan mendekatkan mangkuk ke mulut ketika makan.
3) Pastikan sudu dan penyepit (chopsticks) diletakkan di tempat asal selepas makan.
4) Apabila meminum minuman beralkohol, sudah menjadi tradisi untuk orang lain yang mengisi gelas kita dengan minuman tersebut. Mereka yang lebih muda perlu melayan orang yang lebih tua.
5) Kebiasaannya, orang yang lebih tua akan membayar makanan jika makan secara beramai-ramai.

Rujukan :
Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved March 20, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909