· Kristianiti memasuki semenanjung Korea pada penghujung abad ke-18.
· memberikan orang Korea pilihan baharu dalam menyelesaikan masalah lama.
· Kristianiti dan agama baharu yang menyusul seterusnya telah menyediakan jawapan baharu kepada masalah tradisional sebagai kehadiran kuasa jahat di dunia dan ketidakupayaan manusia untuk mengatasinya.
· turut menyediakan cara baharu untuk memahami dan berinteraksi dengan semangat-semangat ghaib serta teknik untuk melebihi had kewujudan sebagai seorang individu.
· Selain itu, ia turut menyediakan pendekatan baharu untuk menyelesaikan pertentangan di antara tanggapan kesempurnaan manusia dan realiti kelemahan nilai murni manusia.
· agama dan kepercayaan serta falsafah lama tidak hilang.
· Orang Korea kini mempunyai pilihan yang lebih meluas dalam hal kerohanian.
Masyarakat berasaskan Iman (Faith-Based Communities)
· Kristianiti telah memperkenalkan makna baharu kepada shin (huruf Sino-Korea yang digunakan dalam Konfusius).
· Dalam konteks pra- Kristian, shin biasanya bermaksud ‘kepercayaan’ (trust or trustworthy).
· Shin lebih banyak digunakan dalam percakapan berbanding dimasukkan dalam fakta.
· Jika kita mengatakan bahawa kita mempunyai shin terhadap seseorang, ia bermaksud kita merujuk kepada kualiti peribadinya,bukannya sama ada kita menganggap mereka wujud atau tidak.
· Sebelum ketibaan agama Kristian, orang Korea tidak menulis sama ada mereka percaya kepada kewujudan Buddha, Konfucius atau Tuhan.
· Begitu juga dalam ajaran Buddhisme, Konfusius atau shaman.
· Keadaan ini berubah selepas Kristian muncul di Korea dan mula menggunakan huruf shin untuk iman
mereka tentang kewujudan Tuhan dan Kitab Injil merupakan kebenaran yang dinyatakan.
Roman Katolik di Korea
· kehadiran Kristian di Korea tidak mendapat sambutan yang baik.
· mengalami cabaran daripada kerohanian tradisional yang sedia ada di Korea.
· Kebanyakan idea Kristian telah mendapat kritikan keras daripada golongan elit Neo-Konfusian kerajaan Chosun.
· Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perubahan ke arah Katolik di mana Katolik awal tidak ditolak serta
merta.
· Tetapi, ketika mereka mula membenarkan agama Kristian mempengaruhi tindakan upacara mereka, Konfusian mula menggunakan kekerasan.
· Katolik pertama Korea mengadaptasi ajaran dan upacara Katolik untuk menjadi Konfusian yang lebih baik.
· 1784 - seorang sarjana Konfusian bernama Yi Sunghun (1756-1801) kembali daripada Beijing di mana dia telah menemani ayahnya dalam misi diplomatik, telah mengumumkan kepada kawan-kawannya bahawa dia telah dibaptis sebagai Katolik oleh pendeta Perancis yang tinggal di ibu negara China.
· Pada ketika itu, Korea tidak mempunyai utusan Katolik
· Yi Sunghun atau Peter Yi mula menyebarkan kepercayaan baharu tersebut sendirian.
· Yi berjaya membawa beberapa sanak saudara dan kawan-kawan terdekatnya untuk memeluk agama Kristian dengan cepat.
· Sanak saudara dan kawan-kawan Yi menerima ajaran Katolik kerana mereka termasuk dalam sayap Neo-Konfusianisme Korea yang sensitif dengan kelemahan moral manusia.
· Ajaran Katolik menarik mereka dengan penjelasan baharu terhadap kelemahan moral manusia dan janji terhadap cara untuk mengatasinya.
· Sebab yang seterusnya mereka tertarik dengan Kristian adalah kerana mereka tidak puas hati dengan dasar impersonal yang disediakan oleh Neo-Konfusian dalam etika hubungan perseorangan.
· Li merupakan istilah yang digunakan oleh Neo-Konfusianisme dalam menghalang etika kewajipan manusia.
· Li dikatakan kekurangan kuasa untuk memotivasikan kita dalam menghapuskan pemikiran dan kelakuan pentingkan diri.
· Sementara itu, Tuhan pula boleh melihat dalam hati kita dan memerhatikan setiap kelakuan kita.
· Dalam percubaan untuk menjadi Konfusian yang lebih baik, Katolik pertama di Korea mengadaptasi beberapa prinsip moral baharu yang tidak dapat dituruti oleh semua orang Korea.
- Contoh: lelaki dalam keluarga sarjana elit Konfusian semasa kerajaan Chosun perlu menjalankan upacara
berkabung semasa ibu bapa mereka meninggal.
- Walau bagaimanapun, dalam Katolik tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana upacara sedemikian.
- Masyarakat Korea ketika itu perlu membuat pilihan di antara Konfusius dan Katolik jika berkaitan dengan upacara seperti perkhidmatan peringatan nenek moyang.
· Sebelum era moden, kerajaan Korea hanya bertolak ansur dengan upacara keagamaan yang dijalankan selaras dengan terma mereka.
· Kerajaan menentukan semangat mana yang harus dipuja, bila, bagaimana, dan oleh siapa.
· Sarjana Buddha, shaman dan Konfusian boleh menuruti kehendak masyarakat termasuk kerajaan sebelum mana-mana ekspresi kepercayaan peribadi.
· Katolik pula berbeza di mana hubungan dengan Tuhan adalah lebih penting berbanding hubungan mereka dengan kerajaan.
- menimbulkan konflik yang tidak dapat dielakkan di antara kerajaan Chosun dan masyarakat kecil Katolik.
· Penganut Katolik sememangnya mendapat tentangan yang hebat daripada pihak kerajaan.
- contoh, Paul Yun telah menerima hukuman mati oleh kerajaan pada 8 Disember 1791 kerana penyimpangan daripada tradisi Konfusius.
- Penganiayaan terhadap Katolik semakin berleluasa semasa tahun 1839, 1846, dan 1866-1869.
- Sangat ramai orang Korea yang berkorban demi iman atau kepercayaan yang diimport tersebut.
· Tidak semua penganut Katolik ditangkap ketika itu.
· Ribuan telah melarikan diri sehingga ke lembah gunung di mana mereka bersembunyi daripada kerajaan.
· Sambil itu, mereka menanam tembakau dan membuat barangan tembikar yang digunakan untuk menyimpan makanan sebelum kewujudan peti sejuk.
· Ketakutan kepada kerajaan mendorong mereka untuk membina dinding yang lebih kukuh di sekeliling masyarakat yang berasaskan iman.
· Malahan selepas penganiayaan terhadap Katolik berakhir secara rasmi pada tahun 1880-an, Katolik Korea meneruskan untuk meminimumkan hubungan dengan bukan Katolik, berkahwin dalam kalangan mereka dan tinggal di kampung yang didiami oleh masyarakat yang mempunyai pegangan yang sama selama beberapa dekad.
· Selama hampir satu abad Katolik Korea mengatasi kesan penganiayaan tersebut.
· Selepas perang Korea, pendeta-pendeta tempatan Katolik Korea mula mengatasi jumlah pendeta luar negara.
· Keadaan ini membawa kepada kemunculan wajah-wajah yang biasa dilihat berbanding sebelumnya di mana ketika Katolik diterajui oleh uskup (bishop) dan pendeta-pendeta Barat.
· Katolik Korea juga mula mengikut cara Protestan dan membuka sekolah moden termasuk universiti, hospital serta memberikan Katolik imej yang lebih moden.
· Katolik Korea selama 4 dekad terakhir abad ke-20 mengalami transformasi ke arah pendidikan yang lebih baik dan gereja bandar, yang pada ketika ini mempunyai penganut lebih daripada 5 juta orang Korea.
Kristianiti Protestan
· Utusan Protestan tiba di Korea pada tahun 1880-an. Utusan Protestan yang pertama, Horace Allen (1858-1932) tiba di Korea pada tahun 1884 ketika Katolik Korea masih dibelenggu ketakutan terhadap penganiayaan.
· Walau bagaimanapun, beliau dan utusan Protestan lain yang dengan cepat mengikut beliau berjaya mewujudkan kehadiran yang selamat di tanah Korea.
· Mereka menawarkan pendidikan dan teknik perubatan kepada kerajaan yang baharu mendapat kesedaran tentang keperluan teknologi dan institusi moden.
· Allen (Presbyterian) membuka hospital pertama untuk perubatan Barat pada tahun 1885 di Seoul.
· Tahun seterusnya, utusan Methodist Amerika Syarikat membuka dua buah sekolah moden di Korea.
· Salah satu daripadanya adalah sekolah pertama di Korea yang menyediakan pendidikan formal kepada wanita yang berkembang menjadi Universiti Wanita Ewha.
- Universiti ini merupakan salah satu universiti wanita yang terbesar di dunia serta salah satu universiti terbaik di Korea.
· Utusan Protestan turut mendapat faedah daripada siri-siri perjanjian yang termeterai dengan negara-negara Barat selepas beberapa tahun ketibaan mereka ke Korea.
· Pada mulanya, pengikut Protestan adalah amat sedikit iaitu kurang 20 ribu orang pada awal abad ke-20.
· keadaan ini berubah pada tahun 1907.
· Beberapa siri perbincangan kebangkitan yang dijalankan di seluruh semenanjung Korea telah membawa kepada pertumbuhan pesat keahlian gereja Protestan.
· Sehingga tahun 1910, terdapat lebih daripada 140 ribu orang Korea yang menjadi pengikut Protestan yang kebanyakannya terdiri daripada Presbyterian dan Methodist.
· Pengikut Protestan mengatasi pengikut Katolik sebanyak dua kali ganda sekaligus pada tahun 1930 menjadikan Protestan sebagai agama terbesar di Korea.
· Keadaan ini telah menimbulkan persoalan berikutan Protestan yang lebih lewat tiba di Korea telah berjaya mendominasi landskap kerohanian di Korea.
- Salah satu sebabnya adalah kerana Protestan mendapat sokongan kewangan daripada utusan masyarakat luar negara yang kaya.
- Utusan Roman Katolik yang mendapat dana daripada Perancis dan negara Katolik lain tidak mendapat sokongan yang sama tahap seperti Protestan yang mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat dan Commonwealth British.
- Contoh : pada tahun 1920, seorang pendeta Katolik mengadu bahawa utusan Protestan secara tipikalnya mendapat bajet 60 kali ganda lebih besar berbanding mereka.
- Gereja Protestan juga lebih banyak berbanding gereja Katolik.
· Teologi dan cara penyembahan Protestan kepada Tuhan mereka menyebabkan Kristianiti Protestan menjadi alternatif yang menarik kepada kerohanian tradisional serta kepada pendekatan Katolik dan Pembelajaran syurga (Heavenly Learning).
· Pastor Protestan merupakan pakar upacara Korea yang pertama menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa utama dalam upacara kerohanian.
· Keadaan ini ternyata berbeza di mana Katolik menggunakan bahasa Latin sehingga tahun 1960 sementara Konfusius menggunakan bahasa Cina klasik dan Buddha pula menggunakan Cina Klasik dan Sanskrit.
· Protestan menterjemah Kitab Injil mereka kepada bahasa Korea serta berkhutbah dan berdoa dalam bahasa Korea.
- memudahkan orang biasa memahami dan melibatkan diri dalam ibadah mereka.
· ibadah Protestan membolehkan semua orang untuk terlibat.
- Contoh : pengikut boleh menyertai pastor atau pemimpin mereka dalam lagu serta pemujaan yang tidak pernah dirasai orang Korea sebelum itu.
- Nyanyian pujian yang biasa mereka nyanyikan adalah seperti ‘What a friend we have in Jesus’ dan ‘Jesus loves me’.
· Protestan memanggil Tuhan mereka dengan nama tersendiri untuk mengelakkan kecelaruan dengan nama Tuhan yang digunakan oleh agama lain iaitu Hananim yang bermaksud ‘One God ’.
Sumber rujukan : Baker, D., (2008) Korean Spirituality (pp. 58-77). Honolulu: University of Hawai'i Press.