Pendidikan Menengah (Secondary Education)
Pendidikan menengah di Korea Selatan dibahagikan kepada 2 tahap iaitu sekolah menengah dan sekolah tinggi. Sekolah Menengah dan Tinggi masing-masing mengambil masa 3 tahun. Sekolah menengah bermula pada usia 12 tahun hingga 15 tahun manakala sekolah tinggi pula bermula pada usia 15 tahun hingga 18 tahun. Jumlah pelajar yang memasuki peringkat sekolah menengah mulai meningkat sejak tahun 1969. Pada tahun tersebut, semua lulusan sekolah rendah boleh memasuki sekolah menengah tanpa adanya persaingan dan peperiksaan masuk ke sekolah menengah. Selain daripada dimansuhkan peperiksaan masuk, faktor lain yang menyebabkan peningkatan tersebut adalah taraf kehidupan masyarakat Korea Selatan yang semakin membaik.
Sekolah menengah (gred 7-9) dijadikan percuma di kawasan-kawasan yang kurang maju pada tahun 1985. Pendidikan percuma ini dijangkakan akan berlaku secara merata di masa hadapan. Di tahun 1984, boleh dilihat bahawa terdapat 2,235 sekolah menengah dengan pelajar seramai 2,375 orang, 44 cawangan, dan 66,372 orang guru.
Menurut statistik pada tahun 1984, penyertaan pelajar di sekolah tinggi menunjukkan peningkatan. Terdapat 2,092,401 pelajar, 66,278 guru, dan 1,549 cawangan sekolah tinggi. Sekolah tinggi yang ada di Korea Selatan itu termasuk sekolah tinggi vokasional dengan jumlah sebesar 644 cawangan. Para pelajar digalakkan melanjutkan ke sekolah tinggi selepas melewati tahap pendidikan awal, iaitu sekolah rendah, dan juga sekolah menengah. Sekolah tinggi bertujuan untuk memberikan pendidikan lanjutan yang lebih bersifat praktikal berbanding sekolah rendah dan sekolah menengah.
Antara kursus-kursus yang diajarkan di peringkat sekolah tinggi adalah kegiatan ko-kurikulum, bahasa Korea, kajian sosial, etika dan moral, sejarah Korea, sejarah dunia, geografi, matematik, biologi, bahasa Inggeris, dan pengurusan.
Pendidikan Vokasional
Pendidikan vokasional yang juga merupakan sebahagian daripada sekolah menengah mula digalakkan oleh kerajaan. Kerajaan memberikan penekanan terhadap penyertaan pendidikan vokasional dengan tujuan untuk menyokong program-program perindustrian yang semakin berkembang di Korea Selatan. Kerajaan menambah kuota kemasukan pelajar ke sekolah vokasional dan menambah bilangan sekolah vokasional yang ada di Korea Selatan.
Peperiksaan Masuk (Entrance Exam)
Peperiksaan masuk ini sememangnya akan dialami oleh pelajar-pelajar Korea Selatan yang berkeinginan unutk melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah. Peperiksaan masuk merupakan sesuatu yang amat mencabar bagi mereka, terutamanya bagi pelajar yang ingin memasuki sekolah menengah yang lebih baik. Walaubagaimanapun, sistem peperiksaan masuk ini telah ditiadakan sejak tahun 1974 dan proses pemilihan adalah melalui Grade Point Average (GPA) pelajar. Peperiksaan masuk ini ditiadakan oleh kerana dianggap tidak "penting" dan menghadkan jumlah pelajar yang masuk kerana tidak semua pelajar lulus dari peperiksaan masuk ini.
Rujukan:
1. Bedeski, R. (1994). The Transformation of South Korea. London: Routledge.
2. Kwangmyong Publishing Company. (1972). Korea: Past and Present. Seoul: Kwangmyong Publishing Company.
3. Retrieved from: http://education.stateuniversity.com/pages/1402/South-Korea-SECONDARY-EDUCATION.html
4. Retrieved from: http://asiasociety.org/education/learning-world/south-korean-education